PENCAPAIAN KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN DI SESEBUAH SEKOLAH MENENGAH

 

  

1.      Pengenalan

 

1.1 Latar belakang

 

            Al-Quran merupakan kalam Allah yang di turunkan kepada Rasulullah S.A.W melalui perantaraan  malaikat Jibril A.S. (ABIM 2003) mentakrif al-Quran menurut bahasa beerti bacaan manakala dari segi istilah ia membawa erti kalam Allah yang bermukjizat di turunkan  kepada nabi Muhamad di tulis dalam beberapa mashaf, di petik daripada riwayat-riwayat mutawatir dan membacanya merupakan satu ibadah.

 

            Isi kandungan al-Quran merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan manusia iaitu dari sudut pendidikan, akhlak, ekonomi, politik dan sosial. Ini berdasarkan dalil Al-Quran surah Al-Furqan ayat 1 firma Allah:

 

تبرك الدي نرل الفرقان على عبده ليكون العالمين نديرا

Maksudnya:Maha suci (tuhan) yang menurunkan Furqan (Quran) kepada hambaNya, supaya dia memberi peringatan kepada seluruh alam.

 

            Selain itu juga keunikan al-Quran juga dari sudut ilmu qiraatnya yang memerlukan seseorang menguasai beberapa ilmu untuk memantapkan penguasaan bacaan al-Quran mengikut ayat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Contohnya beberapa ilmu qiraat al-Quran iaitu ilmu tajwid, Qiraat Sab’ie, tarannum dan lain-lain lagi.

 

            Untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dalam pendidikkan negara kerajaan telah menggubal falsafah pendidikan negara. FPN menyatakan pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis ari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

 

            Beberapa tokoh telah memberi definisi pendidikan Islam dalam istilah antaranya Dr.Ahmad Zaki Salih menyatakan pendidikan Islam ialah suatu proses yang membawa perubahan kepada sekalian manusia, membawa kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat dan berdasarkan petunjuk dan panduan yang terdapat dalam kitab suci Al-Quran dan Al-Hadith. Agama Islam merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan hidup umatnya.Falsafah pendidikan Islam yang diturunkan oleh Allah menerusi Al-Quran dan Hadis bersifat sejagat. Falsafah pendidikan Islam berteraskan  kesepaduan antara akal,jasad dan roh. Budaya intelektual digalakkan dalam perkembangan Islam kerana Islam memandang tinggi kekuatan intelektual dan menggalakkan perkembangannya secara bebas dan maksimum.Gabungan antara kekuatan akal dan kekuatan jasad penting dalam membentuk khalifah Allah yang mantap.Dengan pendidikan Islam perkembangan  bakat sama ada rohani dan jasmani merangkumi kesedaran  tentang kewujudan Allah melalui tadabbur(pengkajian) terhadap alam sekitar.

 

            Peranan pendidikan Islam sangat besar dalam mendidik manusia supaya mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Islam adalah cara hidup yang merangkumi seluruh amalan kehidupan hidup di dunia yang akan dihisab di akhirat. Berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Zalzalah ayat 7 dan 8 yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan amalan kebaikan walau sebesar zarah maka dia kan dipertontonkan balasannya.”     

 

            Oleh yang demikian itulah Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Jabatan Pendidikan Islam (JAPIM) dan Moral telah mewujudkan Kelas Kemahiran al-Quran (KKQ). KKQ telah di laksanakan di sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) sejak tahun 1986 sebagai sebahagian aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Pelaksanaan ini berdasarkan keputusan jawatankuasa pelancarangan pelajaran (JPP) pada tahun 1985. Kelas ini di perluaskan ke kelas aliran agama (KAA) di sekolah menengah kebangsaan (SMK) mengikut sukatan pelajaran yang di tetapkan.

 

            Kelas kemahiran membaca dan menghafaz al-Quran juga adalah merupakan salah satu aktiviti kokurikulum di SMKA dan KAA berdasarkan pekeliling KP(BPPP)Sulit/03/9/JPP/M(87) kelas ini hendaklah dilaksanakan di sekolah tertentu. Untuk merealisasikan perjalanan kelas ini jawatan guru al-Quran di SMKA dan KAA telah diperuntukkan di bawah senarai perjawatanan tahun 2002. JAPIM dari masa ke semasa sentiasa mengadakan kursus-kursus khas kepada guru-guru yang mengajar KKQ di SMKA dan SMK yang mempunyai aliran KAA bagi menambah atau melengkapkan guru-guru dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkaitan.

 

            Status murid yang dipilih untuk mengikuti kelas ini dari kalangan murid yang baik dan lancar membaca al-Quran. Pelajar-pelajar kelas ini akan mengikuti peperiksaan khas yang dijalankan  semasa tingkatan tiga dan tingkatan lima. Peperiksaan dilaksanakan dalam bentuk lisan dan juga objektif (aneka pilihan) meliputi aspek tafsir, hafazan, tajwid, tarannum, ulum al-Quran dan qiraat al-sab,ie.

 

 

 

1.2 Penyataan masalah

 

            Mutakhir ini masyarakat sering membicarakan mengenai isu kelemahan pelajar-pelajar sekolah menguasai bacaan al-Quran. Kelemahan ini sekaligus menyebabkan ilmu al-Quran semakin terpinggir dalam arus masyarakat yang moden ini. Pelajar-pelajar daripada sekolah harian biasa khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai masalah dalam penguasaan tulisan jawi dan membaca al-Quran.

 

            Masalah ini boleh dikategorikan kepada beberapa masalah iaitu masalah pelajar yang tidak langsung boleh membaca al-Quran, boleh membaca al-Quran tanpa tajwid dan tidak boleh membaca al-Quran secara bertarannum. Namun ada sesetangah pelajar tingkatan satu yang boleh membaca iqra’ pada  tahap satu.

 

            Mohd Yusuf Ahmad (1997) dalam satu kajian, seramai 26 orang pelajar daripada sebuah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang di minta membaca ayat aya 1 hingga 8 surah Ali Imran di dapati telah melakukan 99 kesalahan di tempat nun mati (nun sakinah) dan tanwin yang terdapat di dalam ayat tersebut. Kajian ini menunjukkan bahawa pelajar sekolah menengah masih tidak dapat menguasai nun mati (nun sakinah) dan tanwin dengan betul walaupun ia merupakan hokum hokum tajwid asas yang mula-mula di perkenalkan di semua peringkat pembelajaran ilmu tajwid.

 

            Menurut Farehan bt Mohd Hani (2000) kebanyakkan pelajar berada di tahap sederhana dalam bacaan Al-Quran di mana seramai 44.4% pelajar boleh membaca nun sakinah, 28.8% pelajar dapat menyebut nun sakinah dengan baik dan sebanyak 20.6% pelajar lemah.  

 

            Noraini Hashim(2007) kelemahan kaedah belajar membaca al-Quran didahulukan pengantar Muqaddam menggunakan kaedah belajar yang lemah berkurun lamanya sehingga kaedah  iqra’ atau Qiraati di perkenalkan.

 

            Pihak kementerian juga telah membuat kajian dan menemui permasalahan pelajar-pelajar Islam dalam membaca al-Quran. Beberapa masalah di kenal pasti menyebabkan pelajar-pelajar sekolah tidak menguasai al-Quran bermula dari sekolah rendah dan berterusan sehingga peringkat menengah.

 

            Berdasarkan  Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979, yang mengkaji mata pelajaran pendidikan Islam untuk tempoh dua puluh tahun. Menunjukkan pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah masih berada di tahap yang kurang memuaskan dalam pendidikan al-Quran. Laporan di atas di sokong oleh dapatan kajian yang telah di jalankan oleh Muhammad Endut (1992) yang menyatakan antara masalah yang di hadapi oleh guru pendidikan Islam ialah kelemahan pelajar dalam membaca al-Quran.

 

            Aminah Idris (1997) dalam kajiannya yang bertajuk penilaian program tilawah Al-Quran sekolah menengah rendah, mendapati beberapa masalah pelaksanaan program tilawah al-Quran dapat di kesan, antaranya kebanyakkan pelajar mempunyai minat dan sikap yang sederhana terhadap program tilawah al-Quran penguasaan jawi dan al-Quran. Penguasaan jawi dan al-Quran pelajar berada di tahap sederhana sebelum mereka memasuki sekolah menengah, guru dan pelajar bersetuju bahan pengajaran tilawah al-Quran masih belum mencukupi di sekolah. Program tilawah al-Quran masih belum berjaya mengubah sikap pelajar menghayati nilai-nilai Islam sepenuhnya. 

 

            Masalah pelajar-pelajar tidak dapat menguasai asas al-Quran pada peringkat sekolah rendah lagi. Apabila pelajar-pelajar menyambung pelajaran peringkat menengah mereka tidak dapat mengikuti sukatan pelajaran yang telah ditetapkan pada peringkat sekolah menengah.

 

            Mewujudkan kelas KKQ juga dapat melahirkan generasi yang cintakan al-Quran  serta mahir dalam ilmu qiraat. Sebenarnya apabila seseorang pelajar dapat memahami ilmu al-Quran mengikut kronologi secara tidak langsung akan memudahkan pelajar menguasai al-Quran.

 

 

            Pelajar-pelajar Islam juga dikenal pasti kurang cinta terhadap al-Quran kerana menumpukan kepada pelajaran yang lain sesuai dengan minat dan keperluan semasa. Sekiranya mata pelajaran al-Quran di jadikan pelajaran wajib untuk memasuki sesebuah universiti pasti para pelajar akan lebih memberi perhatian kepada ilmu al-Quran.

 

            Menurut Maimunah Ismail (1995) kesan buruk akibat tidak mempelajari atau kaedah membaca Al-Quran dan tafsirnya antaranya ialah:

 

1.      Tidak sah solat dan tidak sempurna ibadat lain yang melibatkan Al-Quran.

2.      Menjadi malas dan tidak berminat untuk mengerjakan ibadah kepada Allah

3.      Tidak akan memahamihukum-hukum yang di terangkan dalam Al-Quran.

Tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas.

 

  

Tujuan kajian dijalankan untuk mengetahui sejauhmana tahap penguasaan ilmu al-Quran dalam kelas kemahiran al-Quran. Tahap penguasaan kemahiran al-Quran di kalangan pelajar dinilai daripada aspek peperiksaan serta ujian bacaan dan hafazan al-Quran secara bertajwid, lancar, fasahah dan bacaan secara tartil.

 

            Kajian ini bertujuan untuk mengetahui adakah terdapat perbezaan tentang tahap pencapaian tilawah al-Quran di kalangan pelajar yang mempunyai lantar belakang pendidikan aliran agama dengan kelas aliran biasa.

 

            Seterusnya kajian ini bertujuan mengenalpasti sejauhmana faktor guru, pengajaran guru dan faktor pelajar itu sendiri mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran Al-Quran.

 

Objektif kajian

  1. Mengetahui kelemahan pelajar dalam menguasai matapelajaran kemahiran al-Quran.
  2. Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar kelas kemahiran al-Quran.
  3. Menilai tahap penguasaan di kalangan pelajar mempunyai latar belakang pendidikan aliran agama dengan kelas aliran biasa.

 

Soalan kajian

  1. Apakah tahap penguasaan matapelajaran kemahiran al-Quran di kalangan pelajar.
  2. Apakah terdapat perbezaan tahap penguasaan matapelajaran kemahiran al-Quran di antara pelajar yang mempunyai latar belakang pendidikan kelas aliran agama dengan kelas aliran bukan agama.
  3. Apakah  mempengaruhi tahap penguasaan matapelajaran kelas kemahiran al-Quran.

 

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: